Thursday, February 11, 2010

TABIR CINTA MENGHARAP

Dalam erti yang kukenal cinta
belum ada satu yang kukuh mengakar
keluar hati umpama siang dan malam
Ada saja putusnya
ditengah, kiri dan kanan
tepian dan celahan
retakan dan darah
kembali semula ketitik mula
Kemudian tamat lagi..
kerana cintaku pada hatiku
putus setiap kali aku melupakanMU
hatiku..
tidak kira betapa dalam
betapa luas betapa tinggi
cinta yang terkumpul
dalam takungan diri
sepenuhnya hati melimpah pecah..
kerana aku lupa membahagikan cinta
pada empunya cinta
kerana cintaku putus
sedetik pada PenCINTA
dalam takrif cinta untukMU
yang kugelar CINTA..
kaitkanlah benang cinta dihatinya
agar mampu mendapat utuh dan
aku dapatmenuntaskan rinduku
untuk kami terus saling
mengharap pada tabir cintaMU..

TAFSIR TENTANG CINTA


Sekalipun telah ku huraikan Dalam sepi rongga hati
Tak ada yang bisa menjawab
Wahai penilai hati lihatlah
Rahsia itu hanya kau yang tahu
Namun aku tak mau menjadi
pemusnah Cinta
Aku mendambakan cinta
Sekalipun cinta telah ku uraikan
Dan ku jelaskan panjang lebar
Namun jika cintaku datangi
Aku jadi malu..
Pada keterangan ku sendiri sendiri
Meskipun lidahku telah mampu
Menguraikan..
Namun tanpa lidah
Cinta ternyata lebih TERANG
Sementara pena begitu tergesa-gesa
menuliskannya..
Kata-kata pecah berkeping-keping
Begitu sampai kepada cinta
Dalam menguraikan cinta
Akal terbaring tak berdaya..
Bagaikan keldai berbaring dalam lumpur..
Cinta mestilah rela
Yang menjelaskan cinta yang tercipta.
Cinta sejati itu menyembuhkan..
Bukannya menyakitkan.

Saturday, February 6, 2010

Buat Sang Sahabat


Buat Sahabat

Rapuh hatiku
Luluh nestapa
Balut duka di kalbu
Entah mengapa
Harus kuterima

Dia hadir
Tanpa sengaja..
Mulanya hanya tahu namanya
Kini sudah tahu asal usulnya
Jatuh sayang tanpa diduga
Aku kenal dia
Senang jiwaku dengan rentaknya
Orang ramah,senang tawanya

Tapi
Suatu langkah dia berhenti
Mengungkapi rasa terbuku dihati
Natijah lalu kalau sudi
Ku tahu diderita..
Tapi rugi kuluah
Aku sebenarnya ada disisinya
Walaupun bagai menonton sebuah drama
Aku jua pelakon
Sama dalam episodnya

Tuhan..
Jangan kau balut
Duka dihatinya
Bukakan matanya
Untuk melihat
Meraikan tawanya
Agar dia bukan
Lagi dalam penjara..

04Feb2010
Nukilan : Jumaliah Amboy
Buat yoyo

Tuesday, January 19, 2010

PENGakuAN Tersepit Dihimpit


Tersepit yang menghimpit..

Dengarkanlah..
Pengakuan ini membunuhku
Meyakitimu satu kesilapanku
Mencintai aku satu kekeliruan
Maafkan aku melukaimu..
Sepatutnya bukan begini

Sepatutnya cinta bisa membawa bahagia
Bukan kesakitan
Kau tidak tahu rasanya hatiku....
Saat berhadapan denganmu..
Aku menangis dalam hati
Mahuku jadi mahumu
Pahit pun itu kau tersenyum
Aku tidak bisa membayangkan
jadi dirimu
yang masih cinta
Seuntai hati ini rasa tersepit dihimpit
Begini..

kau tidak tahu hancurnya hatiku
saat berhadapan kamu
aku tidak kuat
sekuat itu..
mahuku tak penting lagi
Biarku membuat bahagia untukmu
Tapi bukan hatiku
maafkan aku..
Makin kau kenali aku
Makin kau kusakitkan
Seuntai hati ini rasa tersepit dihimpit
Begini..

Memberi simpati atau bahagia akan aku terima
kerana aku tidak mampu menghentikan rasamu
aku tidak layak mengatakan
buang ketepi rasamu
maafkan aku menyakitimu begini

Bukan salahmu
Cuma aku tidak sekuat itu
melihat kau jadi begini
kau tahu kau kusakiti
jika kau memilih aku
untuk dicintai
ketahuilah..
Seuntai hati ini rasa tersepit dihimpit
Begini..

Bukan aku tidak tahu
rasanya hatimu yang masih cinta.
Bukan aku meragui.
Aku tahu sakit diragui
Bahkan..Aku juga takut diraguinya..
Bukan aku tidak mengerti
Rasamu....
Sungguh aku juga punya rasa
Aku tahu rasa itu
Aku tahu rasa cinta..
Kerana aku juga sang pencinta..
Kerana Aku amat mencintai dia.

Maafkan aku
Membuat kau terluka..
Membuat pengakuan ini..
Menyakitimu bererti melukai aku..
Bukan aku tidak mengerti
Rasamu
Cuma rasaku..adakah kau mengerti?
Seuntai hati ini rasa tersepit dihimpit
Begini..

Bukan aku mengelak menerima
Rasa cintamu itu.
Namun..
Ketahuilah ruang hatiku telah terisi
Kerana dia yang aku sayangi dan cintai
sepenuhnya hatiku

Bukan aku tidak mahu memahamimu
Bagaimana harus aku fahami
Jika aku tidak mahu dimengerti
...Seuntai hati ini rasa tersepit dihimpit
Begini..
Maafkan aku
Aku juga sakit membuat kau sakit..
Dan..
kau tidak pernah meminta rasa itu
Aku mengerti..

Aku rela..
Aku sudi mengerti kamu
Cuma bila kau biar aku sakitimu
Aku juga terluka..
Tiada niat menyiksamu
Cuma sedikit terlewat..
sang cintamu hadir
Kala aku sedang berlayar
Mengembara bersama cintaku
maafkan aku

Bukan aku menidakkan rasamu
Sedang aku tidak mampu mengiyakannya
Aku keliru dengan rasa
Tersepit mendengar luahan erti sebenarmu
Yang begitu indah dan suci..
Kelu.
Tersepit dihimpit
satu pengharapan jawapan.

Seuntai hati ini rasa tersepit dihimpit
Begini..

Aku semahunya tidak menanyakan
Kenapa harus rasa itu lahir
dipotret hatinya.
Sepatutnya aku berterima kasih
Sepatutnya aku bersyukur disayangi begini..
Sepatutnya aku menyayangi
Sepatutnya aku memberi bahagia

Dengarkanlah jeritan dan teriakan
Aku yang tidak mampu meluah ini..
Betapa maha hebat..
Seuntai hati ini rasa tersepit dihimpit
Begini..
Aku ingin menangis...
Tapi...pada siapa harus aku lempiaskan
Sakitku..sedih ku yang asyik menyakiti??
Sakit itu terkurung dihati..
tersepit..sesak memakan aku dari dalam...

Bagaimana jika aku juga
Sedang menyayangi cintaku
sementara disayangi begini?
Seuntai hati ini rasa tersepit dihimpit
Begini..
Dan percayalah sangat sakit...

Dengarkanlah..
Bukan aku tidak mengakui
Aku akui Indah
pabila lahir sang cinta.
Tapi kenapa memilih begini?
Pedih??benci??sakit...
Namun tetap mencinta?
Selayaknya kau hadiahkan
Selayang cinta itu pada pemilik setiamu

Maafkan aku..
Pengakuan indahmu membuat
Seuntai hati ini rasa tersepit dihimpit
Begini..

Waktu ajari aku tuk setia
Angin ajari aku berbisik
Malam ajari aku bahasa rindu
Bukan salah dia
Aku ingin belajar raikan SETIA..
Aku tidak mampu mencinta lagi
Cukup hanya ‘hatiku’
Aku tiada kekuatan
Seuntai hati ini rasa tersepit dihimpit
Begini..
melihat hatinya disakiti
aku lemah dan sedih
melihat dia tersenyum
membiarkan aku bahagia

Dengarkanlah pintaku
jangan buat aku memilih
kerana jawapannya terus menerus
akan menyakitimu membuat aku pedih..

Cinta ajari aku untuk terus SETIA..
dia memilih aku untuk belajar mencinta
Aku dan cinta bisa terpisah kerana luka
Jika terus rasa tersepit dihimpit
Begini..

Dengarkanlah
Konflik dilemma antara rasa
Cintamu sangat suci...
Cintamu sepenuh hati...
Ketahuilah yang hadir itu tidak salah
Jangan salahkan cinta yang hadir itu
Walau tidak bisa memiliki dan mendapat cinta
biar masa mengubati rasa..
Aku memaafkamu
jika kau terus memilih cinta milikmu

Cuma...
Maafkan aku jadi manusia yang pentingkan diri..
jangan biar aku tahu...
Kerana aku akan terus menerus
menyalahkan diriku

Kerana Seuntai hati ini selamanya akan
rasa tersepit dihimpit..begini..
Aku Cuma mahu setia.....
SETIA.
Aku sangat hormati cinta penuh kesetiaan
Kerana itu janjiku pada dia yang amat kuCINTAI...

TANDA TANYA..

Diruang waktu
Aku termenung..
Entah tentang apa..
Tapi aku selalu mencari
Tentang sesuatu,,
Tentang satu bayangan
Yang kian menghilang

Kosong.
Sudah terlalu lama
Untuk aku berdiam..
Perasaan ini kian menyiksa

Tanda tanya..
persoalan ini..
Tentang rindu
Tentang hati
Tentang jiwa
Tentang sunyi
Tentang kekosongan

Tentang persoalan
Tentang gelisah
Tentang rasa cinta
Tentang bahagia..

Tanda tanya
Tentang sengsara
Tentang perit
Tentang rasa sedih
Tentang diriku....

Tentang jutaan tanda tanya
Bermain di dalam hati
Di saat aku menyendiri
Terkadang membuat
aku tenggelam
Di satu alam hanya aku
yang wujud disitu


Kadang kala..
Aku terus mencari jawapan..
Walau aku tahu
waktu tidak pernah menoleh padaku
Tanpa suara
ia meninggalkan rasa sunyi dalam hatiku
Ia terus berganjak
Berlalu meninggalkan aku...

Dalam pertanyaan ini
Ada Mimpi..
Tentang suatu waktu
Yang ingin aku hentikan
Antara ada dan tiada
Aku berada diantara waktu..

Pertanyaanku
Melebihi jawapanku..
Mungkinkah semua tanyaku
Ada yang bisa menjawabnya?

Tuhan..aku bermohon
Aku manusia yang punya hati
Mencari erti sebenar
Tentang rasa...yang aku boleh lepaskan
Segalanya tanpa perlu selimuti rasa sunyi...









Yoyo_ice11@yahoo.com/Gabanvoice.blogspot.com