Thursday, February 11, 2010

TABIR CINTA MENGHARAP

Dalam erti yang kukenal cinta
belum ada satu yang kukuh mengakar
keluar hati umpama siang dan malam
Ada saja putusnya
ditengah, kiri dan kanan
tepian dan celahan
retakan dan darah
kembali semula ketitik mula
Kemudian tamat lagi..
kerana cintaku pada hatiku
putus setiap kali aku melupakanMU
hatiku..
tidak kira betapa dalam
betapa luas betapa tinggi
cinta yang terkumpul
dalam takungan diri
sepenuhnya hati melimpah pecah..
kerana aku lupa membahagikan cinta
pada empunya cinta
kerana cintaku putus
sedetik pada PenCINTA
dalam takrif cinta untukMU
yang kugelar CINTA..
kaitkanlah benang cinta dihatinya
agar mampu mendapat utuh dan
aku dapatmenuntaskan rinduku
untuk kami terus saling
mengharap pada tabir cintaMU..

TAFSIR TENTANG CINTA


Sekalipun telah ku huraikan Dalam sepi rongga hati
Tak ada yang bisa menjawab
Wahai penilai hati lihatlah
Rahsia itu hanya kau yang tahu
Namun aku tak mau menjadi
pemusnah Cinta
Aku mendambakan cinta
Sekalipun cinta telah ku uraikan
Dan ku jelaskan panjang lebar
Namun jika cintaku datangi
Aku jadi malu..
Pada keterangan ku sendiri sendiri
Meskipun lidahku telah mampu
Menguraikan..
Namun tanpa lidah
Cinta ternyata lebih TERANG
Sementara pena begitu tergesa-gesa
menuliskannya..
Kata-kata pecah berkeping-keping
Begitu sampai kepada cinta
Dalam menguraikan cinta
Akal terbaring tak berdaya..
Bagaikan keldai berbaring dalam lumpur..
Cinta mestilah rela
Yang menjelaskan cinta yang tercipta.
Cinta sejati itu menyembuhkan..
Bukannya menyakitkan.

Saturday, February 6, 2010

Buat Sang Sahabat


Buat Sahabat

Rapuh hatiku
Luluh nestapa
Balut duka di kalbu
Entah mengapa
Harus kuterima

Dia hadir
Tanpa sengaja..
Mulanya hanya tahu namanya
Kini sudah tahu asal usulnya
Jatuh sayang tanpa diduga
Aku kenal dia
Senang jiwaku dengan rentaknya
Orang ramah,senang tawanya

Tapi
Suatu langkah dia berhenti
Mengungkapi rasa terbuku dihati
Natijah lalu kalau sudi
Ku tahu diderita..
Tapi rugi kuluah
Aku sebenarnya ada disisinya
Walaupun bagai menonton sebuah drama
Aku jua pelakon
Sama dalam episodnya

Tuhan..
Jangan kau balut
Duka dihatinya
Bukakan matanya
Untuk melihat
Meraikan tawanya
Agar dia bukan
Lagi dalam penjara..

04Feb2010
Nukilan : Jumaliah Amboy
Buat yoyo