Wednesday, August 26, 2009

Waktu




Ting..ting

suara waktu berdenting..

Tik..tik..tik..

Saat waktu berdetik...

Aku disini

sendiri..

waktu berdegup umpama hati..

Selama mana aku bernafas

aku akan sentiasa mengingatnya..

tik..tik..tik..

hujan membasahi..

aku terkenang hanya dirinya...

Andai bisa

inginku berlari

mendapatkan waktu dan kenanganan

bersama dirinya

selamanya...


" i would rather have had one breath of his hair , one kiss from his mouth , one touch of his hand , than eternity without it . one "
" you are more than just an angel ,
you are always there no matter what .
you are a gift from god to me ,
to help me stand when i'm crippled ,
to help me speak when i'm silenced ,
to help me see when i'm blinded ,
to help me think when i couldnt .
i clearly do not deserve you yet here you stand with me through it all ,
i wouldnt want anything more in life .
you're all i need and nothing matters more than you "

Monday, April 13, 2009

POTRET TAK BERBAHASA


POTRET TAK BERBAHASA

Diam.
Membisu.

Dalam aku merenung wajahku.
Tiada yang kulihat pada wajahku
Melainkan potret yang bisu
Dibentuk dan dicipta oleh-Nya

Aku ibarat bayang-bayang
Merasanya didalam hati..
Itulah aku dalam sifat-Mu.

Pada jasadku terikat dan terbatas..
Menerbitkan perasaan dan merasa.
Wahai aku..yang engkau tidak tahu..
Ingin sekali aku membaca yang tak terlihat.
Ingin sekali aku mendengar apa tak terluah.
Jauh aku merangkak pada layar mata
Ingin mengenal didalam yang tidak berbahasa.

Duhai aku..
Engkau sebagai anak.
Engakau sebagai wanita
Engkau sebagai kekasih
Engkau sebagai kawan
Engkau sebagai Hamba..

Kerana diri pasti tahu
Cahaya itu masih ada di sebalik keinsafan.

KALBUKU SEBATANG SUNGAI

Kalbuku sebatang sungai dalam diriku.
Arusnya nelayan tua menjaring takwa
Mengalir tenang dalam diriku.

Kalbuku sebatang sungai dalam diriku
Hulunya sebuah lubuk menyimpan rahsia
Hilirnya saujana lautan putih terbuka

Kalbuku sebatang sungai dalam diriku
Menghirup rimbunan takwa dalam diriku
Melontar longgokan kemungkaran
Ke luar diriku

Kalbuku sebatang sungai dalam diriku
Diriku alif dalam diriku.

Saturday, February 7, 2009

REQUEST; READ THIS! Filem Thriller "Waris Danau Rimba"

help me la geng! T_T

adoooii~aku tgh kusut skng nie dok cari pelakon tuk filem thriller production kami nie. Filem ni diarakan oleh Pensyarah Seni kat sekolah aku..En.Zairul Anwar..atau leh panggil dia En.Zack. As part of the crew aku kena cari la pelakon sebab aku pengarah lakon..cuma skg aku huhu..agak tension gak sebab aku skg tak leh nak bagi masa nak siapkan asgmnt/asses/presntation..sibook memanjang skg, mana lagi nak buat program..anjurkan festival..nak bahagi masa cari pelakon yang betol2 berminat join production house kitaorang..

So,sesapa ada bakat dalam bidang lakonan bleh lar datang ujibakat kat

Venue: STUDIO S.Kadarisman SEK.PENG.SENI (SPS) UMS.
date: 10hb-13hb Feb 2009 (SELASA -JUMAAT)

Jangan risau..atau memalu nak datang..aku tau korang semua memang berbakat cuma segan nak tunjuk...kan..kan..alaa jangan risau la takdak sapa nak kutuk korang kalau korang jadik pelakon..korang tambah dipuji adalh..kalau rasa ragu2 nak ujibakat datang jer dulu nanti aku explain from A..to Z how 2be an actor..Xdak la susah sangat, pecaya ckp aku..nanti kat studio aku ajr la kalau segan2 nak beraksi depan kamera..

kalau korang pikir susah nak mgahafal skrip..hhaa jgn dok risau serabut..filem ni cuma gunakan byk ekspresi wajah sahaja..Skg nie yg penting korang bg komitment just datang rite on time..dgr arahan sebab aku cuma cari orang yang betol2 berminat je ni..yg bleh bg komitment and bg kejasama..as simple as that (but why people think it so hard 2do?huuu~)

Soo..datang la g ujibakat ek, jgn risau aku ada kat sana casting korang..alalala aku bg chance gak kat korang dan kelonggaran (Xyah dok risau korang leh wat ka Xleh wat..) aku tak makan orang gak..

p/s: datang bawak geng reramai gi audition pun orait gakk T_T