Thursday, February 11, 2010

TABIR CINTA MENGHARAP

Dalam erti yang kukenal cinta
belum ada satu yang kukuh mengakar
keluar hati umpama siang dan malam
Ada saja putusnya
ditengah, kiri dan kanan
tepian dan celahan
retakan dan darah
kembali semula ketitik mula
Kemudian tamat lagi..
kerana cintaku pada hatiku
putus setiap kali aku melupakanMU
hatiku..
tidak kira betapa dalam
betapa luas betapa tinggi
cinta yang terkumpul
dalam takungan diri
sepenuhnya hati melimpah pecah..
kerana aku lupa membahagikan cinta
pada empunya cinta
kerana cintaku putus
sedetik pada PenCINTA
dalam takrif cinta untukMU
yang kugelar CINTA..
kaitkanlah benang cinta dihatinya
agar mampu mendapat utuh dan
aku dapatmenuntaskan rinduku
untuk kami terus saling
mengharap pada tabir cintaMU..

No comments:

Post a Comment